PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Definisi Modal Insan
- Modal insan merupakan pengimbangan pembangunan fizikal yang berteraskan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangkumi nilai, etika dan minda yang progresif serta kesedaran budaya yang tinggi.
·
Menurut YAB Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak, melihat pembangunan modal insan sebagai berikut:
- Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara.
- Memupuk “minda kelas pertama” di samping penekanan akan diberikan kearah memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.
Kepentingan Modal Insan
- Antara kepentingan modal insan adalah seperti berikut :
- Menjana pendapatan negara.
- Pembangunan negara pada masa akan datang.
- Penentu kejayaan dasar dasar kerajaan seperti Wawasan 2020.
- Membantu kerajaan dalam membangunkan negara.
Teras Pembangunan Modal
Insan
- Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara.
- Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dengan bandar termasuk mempertingkatkan kualtiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar.
- Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan pada peringkat tertiari memenuhi keperluan pasaran.
- Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualti disemua peringkat.
- Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memilki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan.
- Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan.
Tindakan tindakan
Pembangunan Modal Insan
PERKHIDMATAN
- Menubuhkan Institut Integriti Nasional bertujuan membina upaya modal insan untuk membanteras rasuah.
- Menubuhkan Pasukan Petugas Pemudah Cara Kerajaan (PEMUDAH) bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian oleh jentera kerajaan. Matlamat kerajaan untuk menyediakan satu perkhidmatan awam kelas pertama misalnya menerusi Komitmen Perkhidmatan Awam 2008.
- Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pembelajaran, 2006-2010 yang telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia.
- Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang menetapkan matlamat untuk meningkatkan kualiti pelajar, keupayaan pensyarah, infrastruktur Institusi Pengajian Tinggi dan membina rangkaian dengan institusi institusi pendidikan tinggi ternama dunia.
- Melancarkan Iskandar Malaysia (dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar).
- Mewujudkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara/ Northern Corridor Economic Region (NCER).
- Melaksanakan Program Transformasi Syarikat syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
- Membangunkan Kowledge Workers Development Institute bagi memastikan bekalan tenaga berkemahiran tinggi menepati permintaan industri ICT.
- Program Pembangunan Modal Insan atau Human Capital Development (HCD) dalam bidang Sains, Teknologi & Inovasi bertujuan menambah bilangan dan meningkatkan kemahiran penyelidikan.
- Memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara yang bertujuan membangunkan warga muda berdisiplin, berdaya tahan, berdaya kepimpinan dan bersifat prihatin.
- Program memperkasa tenaga muda bertujuan membangun Belia 3K, iaitu belia yang menguasai kemahiran, kepimpinan dan keusahawanan.
- Melahirkan barisan pemimpin yang berketerampilan, dikagumi, dihormati dan dipercayai.
- Memperkenalkan konsep Islam Hadhari yang bertujuan mengutamakan aspek ketamadunan umat seimbang atau apa yang disebut sebagai “ummatan wasatan”.
good im from politeknik pmjb
ReplyDelete