BAB 1-
SEJARAH DAN POLITIK
1.1
LATAR
BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA
a) Kesultanan Melayu Melaka
Asal Usul Melaka
Parameswara
telah buka Negeri Melaka. Beliau putera dari Palembang. Keturunan Raja-Raja
Sailendra yang pernah memerintah Kerajaan Srivijaya. Tahun 1377, Kerajaan
Srivijaya telah ditawan oleh Kerajaan Majapahit. Pulau Jawa dan Sumatra
dikuasai oleh Majapahit. Parameswara enggan tunduk dengan Kerajaan Majapahit.
Tentera Majapahit telah menyerang Palembang dan ini menyebabkan Parameswara
terpaksa melarikan diri ke Temasik. Temasik dipimpin oleh Raja Temagi.
Parameswara telah membunuh Raja Temagi dan memerintah Temasik selama 5 tahun.
Siam telah menyerang Parameswara dan beliau melarikan diri ke Muar. Parameswara
telah berpindah ke Bertam, Melaka kerana mendpati Muar tidak sesuai menjadi
penempatan baru. Membuka Negeri Melaka pada tahun 1400 sempena nama Pokok
Melaka. Melihat anjingnya ditendang oleh seekor pelanduk hingga terjatuh dalam
sungai. Peristiwa itu itu gabjil bagi beliau maka beliau memilih tempat itu
dijadikan kerajaan yang baru. Mengisytiharkan dirinya Raja Melaka dengan
gelaran Raja Iskandar Shah. Melaksanakan pemerintahan berasaskan system
pemerintahan Kerajaan Srivijaya. Melaka telah muncul sebagai tempat pelabuhan
dan persinggahan pedagang-pedagang dan di sinilah bermulanya Kesultanan Melayu
dan Keagungan Empayar Melaka.
Sebuah pusar
perdagangan yang terkenal di Kepulauan Melayu. Melaka mempunyai lokasi yang
strategik. Menjadi laluan perdagangan antara Negara India dan China. Menjadi
tempat persinggahan bagi mendapat bekalan makanan dan minuman. Menjadi pusat
persinggahan paling penting di Asia Tenggara. Melaka merupakan pelabuhan semula
jadi yang terselamat dari ancaman angin Monsun Timur Laut dan angina Monsun
Barat Daya. Pelabuhan Melaka amat sesuai untuk kapal-kapal berlabuh. Juga
terletak berhampiran kawasan pengeluaran bijih timah dan rempah ratus yang
merupakan bahan dagangan yang penting. Melaka merupakan pelabuhan entrepot.
Membina kediaman baginda di atas bukit yang berdekatan dengan muara Sungai
Bertam. Menubuhkan sebuah angkatan laut yang terdiri daripada orang-orang laut
untuk mengawasi keselamatan para pedagang yang singgah di Melaka. Beliau juga
mengambil langkah menjalinkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa luar seperti
kerajaan Siam dan kerajaan China. Bagi mengelakkan diserang Siam, beliau telah
menghantar ufti tahunan ke Siam. Langkah-langkah ini menjadikan Kerajaan Melaka
sebagai pusat perdagangan yang semakin makmur.
Sistem Pentadbiran Kesultanan
Melaka
Sultan Melaka telah mewujudkan sistem pentadbiran yang
tersusun dan cekap. Sistem pentadbiran Kerajaan Melaka dibentuk oleh
anggota-anggota sebuah Majlis Tertinggi. Anggota-anggota majlis ini mempunyai
tugas dan tanggungjawab yang tersendiri bagi mentadbir Negeri Melaka. Di bawah
Majlis Tertinggi ini, terdapat lapan orang pembesar negeri yang bergelar Seri.
Dibawah peringkat ini pula, terdapat enam belas orang pembesar rendah yang
bergelar raja. Peringkat akhir dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu
Melaka dianggotai oleh 32 orang pembesar kerajaan. Sistem pentadbiran
Kesultanan Melayu Melaka ini dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan.
Sistem Pentadbiran
Kesultanan Melayu Melaka
1) Sultan
2) Majlis Tertinggi
3) Bendahara
4) Temenggung
5) Laksamana
6) Penghulu Bendahari
7) Pembesar-pembesar Negeri Yang
bergelar Seri (lapan orang) termasuk Syahbandar.
8) Pembesar-pembesar Rendah yang
bergelar raja (enam belas orang)
9) Pembesar peringkat rendah (32 orang)
-IQBAL BIN HUZAINY-
Best casinos in Las Vegas - JTG Hub
ReplyDeleteThe best casinos 김해 출장마사지 in Las Vegas are the ones that offer 거제 출장샵 real money casino slots, poker, blackjack, 안양 출장마사지 There are many casinos in 삼척 출장안마 Vegas 강원도 출장샵 that offer video poker and