SELAMAT DATANG KE

SELAMAT DATANG KE
BLOG KAMI...

Sunday, 19 October 2014

PEMBANGUNAN MODAL INSAN



PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Definisi Modal Insan

  • Modal insan merupakan pengimbangan pembangunan fizikal yang berteraskan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangkumi nilai, etika dan minda yang progresif serta kesedaran budaya yang tinggi.


·        
           Menurut YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, melihat pembangunan modal insan sebagai berikut:

  1.  Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara.
  2. Memupuk “minda kelas pertama” di samping penekanan akan diberikan kearah memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

Kepentingan Modal Insan

  • Antara kepentingan modal insan adalah seperti berikut : 
  1. Menjana pendapatan negara.
  2. Pembangunan negara pada masa akan datang.
  3. Penentu kejayaan dasar dasar kerajaan seperti Wawasan 2020.
  4. Membantu kerajaan dalam membangunkan negara.

Teras Pembangunan Modal Insan

  • Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara. 
  • Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dengan bandar termasuk mempertingkatkan kualtiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar. 
  • Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan pada peringkat tertiari memenuhi keperluan pasaran.
  • Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualti disemua peringkat.
  • Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memilki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan.     
  • Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan.


Tindakan tindakan Pembangunan Modal Insan 

PERKHIDMATAN 

  • Menubuhkan Institut Integriti Nasional bertujuan membina upaya modal insan untuk membanteras rasuah. 
  • Menubuhkan Pasukan Petugas Pemudah Cara Kerajaan (PEMUDAH) bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian oleh jentera kerajaan. Matlamat kerajaan untuk menyediakan satu perkhidmatan awam kelas pertama misalnya menerusi Komitmen Perkhidmatan Awam 2008. 
PENDIDIKAN 
  • Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pembelajaran, 2006-2010 yang telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. 
  • Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang menetapkan matlamat untuk meningkatkan kualiti pelajar, keupayaan pensyarah, infrastruktur Institusi Pengajian Tinggi dan membina rangkaian dengan institusi institusi pendidikan tinggi ternama dunia.
EKONOMI 
  • Melancarkan Iskandar Malaysia (dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar). 
  • Mewujudkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara/ Northern Corridor Economic Region (NCER). 
  • Melaksanakan Program Transformasi Syarikat syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
SAINS DAN TEKNOLOGI 
  • Membangunkan Kowledge Workers Development Institute bagi memastikan bekalan tenaga berkemahiran tinggi menepati permintaan industri ICT. 
  • Program Pembangunan Modal Insan atau Human Capital Development (HCD) dalam bidang Sains, Teknologi & Inovasi bertujuan menambah bilangan dan meningkatkan kemahiran penyelidikan.  
SOSIAL 
  • Memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara yang bertujuan membangunkan warga muda berdisiplin, berdaya tahan, berdaya kepimpinan dan bersifat prihatin. 
  • Program memperkasa tenaga muda bertujuan membangun Belia 3K, iaitu belia yang menguasai kemahiran, kepimpinan dan keusahawanan.
POLITIK 
  • Melahirkan barisan pemimpin yang berketerampilan, dikagumi, dihormati dan dipercayai.
KEROHANIAN 
  • Memperkenalkan konsep Islam Hadhari yang bertujuan mengutamakan aspek ketamadunan umat seimbang atau apa yang disebut sebagai “ummatan wasatan”.
                                                             - MUHAMMAD HIZAMI BIN HAFFIZ-

Thursday, 16 October 2014



DUB1012
PENGAJIAN MALAYSIA

SESI JUN 2014
NAMA PENSYARAH:
                        USTADZAH TENGKU RADZIATAN MARDZIIAH BT TG .A.RAZAK
KELAS:
DMC 1A
JABATAN:
JABATAN REKA BENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL


               NAMA                                                                                               NO.MATRIK
  1. ZAKIRAN BIN ZAINUDDIN                                                                 19DMC14F1023
  2. IQBAL BIN HUZAINY                                                                          19DMC14F1022
  3. HAMIZAN ATTIRMIDZI BIN ABDUL TALIB                                       19DMC14F1035
  4. AHMAD HISHAM BIN ABDUL RAHIM                                               19DMC14F1017
  5. HAZIQ BIN HASNAN                                                                           19DMC14F1001
  6. MUHAMMAD HIZAMI BIN HAFFIZ                                                     19DMC14F1005
  7. MUHAMMAD FAIZ IZZUDIN BIN ZANAN                                           19DMC14F1008
BAB 1- SEJARAH DAN POLITIK

1.1           LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA

a)     Kesultanan Melayu Melaka

Asal Usul Melaka
   Parameswara telah buka Negeri Melaka. Beliau putera dari Palembang. Keturunan Raja-Raja Sailendra yang pernah memerintah Kerajaan Srivijaya. Tahun 1377, Kerajaan Srivijaya telah ditawan oleh Kerajaan Majapahit. Pulau Jawa dan Sumatra dikuasai oleh Majapahit. Parameswara enggan tunduk dengan Kerajaan Majapahit. Tentera Majapahit telah menyerang Palembang dan ini menyebabkan Parameswara terpaksa melarikan diri ke Temasik. Temasik dipimpin oleh Raja Temagi. Parameswara telah membunuh Raja Temagi dan memerintah Temasik selama 5 tahun. Siam telah menyerang Parameswara dan beliau melarikan diri ke Muar. Parameswara telah berpindah ke Bertam, Melaka kerana mendpati Muar tidak sesuai menjadi penempatan baru. Membuka Negeri Melaka pada tahun 1400 sempena nama Pokok Melaka. Melihat anjingnya ditendang oleh seekor pelanduk hingga terjatuh dalam sungai. Peristiwa itu itu gabjil bagi beliau maka beliau memilih tempat itu dijadikan kerajaan yang baru. Mengisytiharkan dirinya Raja Melaka dengan gelaran Raja Iskandar Shah. Melaksanakan pemerintahan berasaskan system pemerintahan Kerajaan Srivijaya. Melaka telah muncul sebagai tempat pelabuhan dan persinggahan pedagang-pedagang dan di sinilah bermulanya Kesultanan Melayu dan Keagungan Empayar Melaka.



 Perkembangan Empayar Melaka

  Sebuah pusar perdagangan yang terkenal di Kepulauan Melayu. Melaka mempunyai lokasi yang strategik. Menjadi laluan perdagangan antara Negara India dan China. Menjadi tempat persinggahan bagi mendapat bekalan makanan dan minuman. Menjadi pusat persinggahan paling penting di Asia Tenggara. Melaka merupakan pelabuhan semula jadi yang terselamat dari ancaman angin Monsun Timur Laut dan angina Monsun Barat Daya. Pelabuhan Melaka amat sesuai untuk kapal-kapal berlabuh. Juga terletak berhampiran kawasan pengeluaran bijih timah dan rempah ratus yang merupakan bahan dagangan yang penting. Melaka merupakan pelabuhan entrepot. Membina kediaman baginda di atas bukit yang berdekatan dengan muara Sungai Bertam. Menubuhkan sebuah angkatan laut yang terdiri daripada orang-orang laut untuk mengawasi keselamatan para pedagang yang singgah di Melaka. Beliau juga mengambil langkah menjalinkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa luar seperti kerajaan Siam dan kerajaan China. Bagi mengelakkan diserang Siam, beliau telah menghantar ufti tahunan ke Siam. Langkah-langkah ini menjadikan Kerajaan Melaka sebagai pusat perdagangan yang semakin makmur.



Sistem Pentadbiran Kesultanan Melaka
  Sultan Melaka telah mewujudkan sistem pentadbiran yang tersusun dan cekap. Sistem pentadbiran Kerajaan Melaka dibentuk oleh anggota-anggota sebuah Majlis Tertinggi. Anggota-anggota majlis ini mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tersendiri bagi mentadbir Negeri Melaka. Di bawah Majlis Tertinggi ini, terdapat lapan orang pembesar negeri yang bergelar Seri. Dibawah peringkat ini pula, terdapat enam belas orang pembesar rendah yang bergelar raja. Peringkat akhir dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dianggotai oleh 32 orang pembesar kerajaan. Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka ini dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan.

Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka
1)      Sultan
2)      Majlis Tertinggi
3)      Bendahara
4)      Temenggung
5)      Laksamana
6)      Penghulu Bendahari
7)      Pembesar-pembesar Negeri Yang bergelar Seri (lapan orang) termasuk Syahbandar.
8)      Pembesar-pembesar Rendah yang bergelar raja (enam belas orang)

9)      Pembesar peringkat rendah (32 orang)

                                                                 -IQBAL BIN HUZAINY-
KEMASYARAKAT DAN PERPADUAN

Definisi Perpaduan

Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.
Hasil daripada definisi perpaduan yang diperoleh jelas menunjukkkan bahawa perpaduan ini merupakan satu bentuk ikatan kerjasama ataupn penyatuan sesuatu individu atau kelompok dengan yang lain di dalam suatu masyarakat. Perpaduan adalah pandu ukur yang sangat penting sekali dalam membentuk suatu masyarakat dalam sesebuah negara mahupun serata dunia yang berkongsi budaya, adat resam, agama, bahasa dan lainnya.

Usaha Membentuk Perpaduan

Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu perkara yang amat penting untuk membentuk satu negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah berusaha membentuk perpaduan kaum di negara Malaysia agar Malaysia mampu maju seiring dengan negara lain di dunia.
Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Menurut Vender Zanden, seorang ahli sosiologi, asimilasi adalah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.

Cara-cara mencapai perpaduan
Politik
Sosial
Ekonomi
· Integrasi politik
· Integrasi kebudayaan
· Integrasi sosial
· Integrasi pendidikan
· Integrasi wilayah
· Integrasi ekonomi

Memperkenalkan Rukun Negara.

Idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu:

1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara
3. Kedaulatan Undang-undang
4. Keluhuran Perlembagaan
5. Kesopanan Dan Kesusilaan

Penyusunan semula masyarakat selari dengan objektif Dasar Ekonomi Baru

Ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan pada tahun 1970 untuk menangani masalah ketidak seimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara kaum dan keamanan negara. Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu:

1. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

2. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Pengstrukturan semula masyarakat adalah supaya jenis kaum tidak sinonim dengan kegiatan ekonomi. Strategi serampang dua mata ini tertumpu kepada usaha menambah pendapatan golongan miskin dan penduduk di luar bandar, memodenkan sektor pertanian, meningkatkan tahap pelajaran, mewujudkan golongan komersial Bumiputera dan menambah pegangan ekuti korporat Bumiputera.

Merapatkan jurang antara kaum adalah meliputi banyak aspek termasuk ekonomi, pendidikan, jawatan professional, pemilikan hartanah, pemilikan syarikat dan pelbagai perkara yang melibatkan hubungan antara kaum


                                                        -HAMIZAN ATTIRMIZI BIN TALIB-
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Malaysia pertama kali dikenali sebagai Perlembagaan Tanah Melayu.Nama ini diubahkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 Seotember 1963.Pembetukan ini melalui proses yang sangat panjang bermula dengan penguasaan British ke atas Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB).Kerajaan pusat akan terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi Bristish,sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan.Majlis Perundagan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhanjaya Tinggi British.Suruhanjaya Perlembagaan Perekutuan Tanah Melayu yang dipengerusikan oleh Lord Reid(England),Sir Ivor Jennigs(UK),Sir Wiliam Makell(Australia),B.Malik(India),Hakim Abdul Hamid(Pakistan).Suruhanjaya Reid mengadakan referendum dalam semua penduduk Tanah Melayu termasuk orang awam,parti politik,badan awam dan sebagainya.

PERANAN PERLEMBAGAAN

Peranannya ialah mewujudkan pemerintahan yang adi,mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat,alat penyelesaian masalah,mengekalkan riwayat bangsa dan menjaga kestabilan Negara.Bentuk perlembagaan ialah Perlembagaan bertulis dan Perlembagaan tidak bertulis.

UNDANG-UNDANG  UTAMA PERSEKUTUAN

Perlembagaan ialah undang-undang utama Persekutuan dan mana-mana yang  diluluskan selepas hari merdeka.Undang-undang mengenakan sekatan kepada hak yang disebut dalam perkara9(2) tetapi tidak berhubung dengan perkara yang disebut.Kesahan mana-mana undang-undang dibuat oleh Parimen/badan perundangan mana-mana negeri tidak boleh persoalkan.

KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

Ini menjadi rujukan rakyat dan ppemerintah.Malaysia mepunyai persekutuan sebuah perlembagaan bertulis.Ketertinggian Perlembagaan ialah Parlimen,Perlembagaan,Kedudukan YDPA,Kuasa perundangan,Kebebasan asasi.


 ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN DANKEDUDUKAN AGAMA-AGAMA LAIN.

-Agama islam telah bertapak d tanah melayu sejakawwal abad ke-13 lagi dengan bukti penemuan Batu Bersurat di Terenggaupada 1292 Masihi dan berkembang maju pada zaman Pemerintahan kesutanan melyu Melaka pada abad ke-15.Perkambangan agama islam tetap berlangsung,walaupun selepas itu Tanah Melayu telah dijajah oleh Britsh sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekann.Perkara(3)1 perlembagaan persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama bagi persekutuan,tetapi Perlembagaan Persekutuan juga memberi kebebasan kepada semua individu untuk megamalkan agamanya sendiri dengan cara aman dan harmoni di mana-mana persekutuan.Raja/Sultan bertindak sebagai Ketua Agama Islam di negerinya.YDPA juga berperanan sebagai  Ketua Agama Islam hanya di negernya,Melaka,Pulau Pinang dan wilayah persekutuan termasuk Sabah dan Sarawak.Majlis Raja-Raja juga bertindak sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing.Pada 17 Oktober 1968,bagi menyelaraskan pentadbiran hal ehwal agamaIslam pada peringkat Persekutuan,sebuah Majis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam telah ditubuhkan oleh Majlis Raja-raja.Anggotanya tediri daripada seorang pengerusi(biasanya perdana menteri) dan seorang wakil dari setiap negeri Semenanjung Malaysia yang dilantik oleh raja negeri.Sementara bagi Pulau Pinang dan Melaka,wakil dilantik oleh YDPA,dan Sabah oleh Yang Dipertua Negeri Sabah serta Sarawak oleh YDPA dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.Antara bidang tugas Majis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam adalah bagi menasihati apa-apa perkara yang diajukan oleh Majlis Raja-Raja,kerajaan negeri dan Majlis Agama Negeri.Ia juga menasihati Majlis Raja-Raja,kerajaan negeri dan Majlis Agama Negeri mengenai perkara yang beraitan dengan hukum syarak,pendidikan agama Islam dengan tujuan untuk memperbaiki dan mengadakan penyeragaman hukum syarak dan pentadbiran islam.Setiap negeri mempunyai sebuah Majlis Agama Islam yang berperanan menasihati raja mengeni hal ehwal agama islam.Penubuhan majlis ini adalah berdasarkan undang-undang negeri.PerlembagaanPersekutuan Malaysia menurut perkara 11(4) memperuntukkan undang-undang negeri dan undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat apa-apa iktikad atau kepercayaan agama dalam kalangan orang islam,Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Persekutuan untuk mengadakan undang-undang bagi memperuntukkan bantuan kewangan bagi penubuhan  Yayasan Islam ataupun pembiayanaan  pelajara agama islam kepadaorang Islam selain Sabah dan Sarawak,kecuali mendapat kebenaran dari Yang Dipertua Negeri berkenaan.Agama Islam terletak dalam Senarai Negeri yang bermaksud hanya negeri-negeri sahaja yang berkuasa dalama hal perundangan agama Islam.




Bab ini akan membincangkan tentang peruntukan utama yang terkandung dalam perlembagaan. Selain itu membincangkan hak asasi kebebasan individu.
Pengenalan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti hak asasi, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, agama dan bahasa. Ini merupakan satu langkah untuk merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak.

BAHASA

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan semenjak abad ke-15 dengan wujudnya Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman penjajahan British, bahasa Melayu mulai merosot memandangkan bahasa Inggeris lebih diutamakan. Kedudukan bahasa Melayu dikaji semula dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Kedudukan bahasa Melayu telah dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukkan bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi (termasuk apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam). Perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan tidak ada sesiapa pun yang dilarang daripada menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu.

AGAMA

Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi Perlembagaan Persekutuan juga memberi kebebasan kepada semus individu untuk mengamalkan agamanya sendiri secara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja/sultan bertindak sebagai Ketua Agama di negerinya. Manakala, YDPA juga berperanan sebagai Ketua Agama Islam hanya di negerinya sahaja, Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan termasuk Sabah dan Sarawak. Mengikut perlembagaan, agama Islam terletak dalam Senarai Negeri. Ini bermaksud hanya negeri-negeri sahaja yang berkuasa dalam hal perundangan agama Islam. Antara perkara yang terkandung di bawah kuasa perundangan negeri mengenai Islam ialah:
1. Hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga
2. Adat istiada Melayu
3. Wakaf
4. Fitrah
5. Zakat
6. Baitulmal
7. Masjid
8. Mahkamah Syariah

KEWARGANEGARAAN

Peruntukan-peruntukan pemerolehan keawrganegaraan disenaraikan dalam Bahagian 3, Perkara 14 hingga Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 23 hingga Perkara 28 Perlembagaan Persekutuan pula, menyenaraikan ciri yang berkaitan dengan kehilangan kewarganegaraan. Seseorang itu boleh mendapatkan kewarganegaraan melalui empat cara, iaitu:
1. Secara kuat kuasa undang-undang
2. Secara pendaftaran/permohonan
3. Secara masukan/naturalisasi

4. Secara cantuman wilayah

                                                                                                    -HAZIQ BIN HASNAN-
BAB 4 – PEMBANGUNAN NEGARA

PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)

FALSAFAH PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN) :
Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan. Selain daripada itu, kehidupan masyarakat Malaysia yang  terdiri daripada pelbagai kaum dan agama adalah suatu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan. PIN juga menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara, iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan progresif malah berpegang teguh pada lima prinsip Rukun Negara. PIN turut dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah Negara yang maju.
          Sebagai sebuah pelan yang lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka, PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan Negara Malaysia. Di samping itu, PIN juga mengambil kira perkembangan antarabangsa, pengalaman Negara-negara lain serta impak arus globalisasi.

KONSEP :
PIN adalah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sector masyarakat dan Negara. Malah, PIN juga memupuk, menyemai dan membaja system kehidupan masyarakat dan Negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika, sekaligus menjadi Negara yang berintegriti.
          PIN juga merupakan satu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama  antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambahbaik  nilai dan amalan masyarakat serta institusinya.
          Pendekatan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sector dalam gerakan permantapan integrity. PIN memerlukan keseluruhan institusi governan Negara iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman supaya integrity  mereka dapat dipertingkatkan, dihormati dan dipertahankan prinsip pemisahan kuasa, serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan
OBJEKTIF UMUM PIN :
Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah Negara maju mengikut acuan sendiri dengan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, malah mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

OBJEKTIF KHUSUS PIN :
Objektif khusus bagi PIN adalah seperti berikut :
i.        Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika.
ii.       Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integiti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.
iii.      Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.
iv.      Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat.
v.       Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.


 TEKAD 2008 :
          Kearah pemantapan integriti supaya berjalan lancar dan mencapai matlamatnya, maka Pelan Integriti Nasional (PIN) telah menyusun dan menetapkan sasarannya yang dikenali sebagai TEKAD 2008 untuk mencapai dalam tempoh lima tahun pertamanya (2004-2008). Terdapat lima sasaran TEKAD 2008, iaitu ;

Sasaran Pertama :
i.        Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan. Tujuan pemantauan dan penanda aras sasaran ini akan mengguna pakai tanda aras antarabangsa dan juga dalam negeri.
Sasaran Kedua :
i.        Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi. Bagi agensi yang berada dibawah kawal selia sektor kerajaan, indeks persepsi awam digunakan sebagai penanda aras.
Sasaran Ketiga :
i.        Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan. Sebagai petunjuk meningkatnya tadbir urus korporat dan etika perniagaan ialah peningkatan jumlah syarikat korporat yang mematuhi syarat-syarat penyenaraia. Kes-kes penipuan korporat ini juga berkurangan dan bertambahnya bilangan syarikat-syarikat yang menerima pakai Rukuniaga Malaysia dalam urusan perniagaan mereka juga akan dinilai untuk mengukur pencapaian yang disasarkan.
Sasaran Keempat :
i.        Memantapkan institusi keluarga. Sasaran ini memberikan penekanan untuk melahirkan keluarga yang mempunyai daya tahan yang kukuh dan kehidupan keluarga yang sejahtera dan bahagia. Pengurangan kadar perceraian, pengurangan konflik keluarga seperti isu merebut harta dan hak penjagaan anak-anak dan pengurangan kadar keganasan dalam rumahtangga adalah menjadi petunjuk kepada pencapaian sasaran ini. Selain dari itu, peningkatan bantuan kepada keluarga ibu dan bapa tunggal juga berperanan sebagai penanda aras. Kadar pengabaian warga tua dan penderaan serta pengabaian kanak-kanak perlu berkurangan dalam masyarakat dan ini juga akan digunakan untuk menentu pencapaian sasaran yang keempat ini.

Sasaran Kelima :

i.        Yang terakhir ialah meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Pengurangan kadar jenayah dalam masyarakat Malaysia diambil sebagai petunjuk kepada tahap kehidupan masyarakat yang lebih selamat. Jenayah yang dimaksudkan termasuklah jenayah berat, jenayah seks dan harta benda. Kadar gejala sosial seperti penagihan dadah, perlakuan seks rambang dan bebas yang menjadi punca terhasilnya penyakit HIV dan AIDS serta pasangan yang bersekedudukan. Pengurangan kadar ini diambil sebagai petunjuk kepada kehidupan masyarakat yang lebih sihat dan bermoral. Sejak akhir-akhir ini, kes kemalangan di jalan raya yang berkurangan juga mencerminkan meningkatnya etika pemanduan dan ketegasan dalam penguatkuasaan undang-undang lalu lintas.


                                                                                -AHMAD HISHAM BIN ABDUL RAHIM-